Saturday 23 March 2019

Al-Imran Ayat 132

4.3.132  
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 132:
.

Ringkasan tafsir;

Cara mentaati Allah dan Rasul Nya ialah dengan meninggalkan makan riba, supaya memperolehi rahmat didunia dan diakhirat pula mendapat balasan yang baik diatas amalan kamu itu. Orang-orang yang bersifat belas kasihan dan selalu mengeluarkan sedekah akan disayangi oleh Allah yang bersifat mengasihani.

Dan apabila sudah melakukan perbuatan terkutuk itu sebelum ini maka besegeralah bertaubat kepada  Allah (lihat pada ayat 4.3.133).


.
[previous] [next] [home
.
.
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan,
131~150,
[GS] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8    

Tuesday 2 August 2016

Surah AlBaqarah (212)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 212:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini ditujukan kepada ketua kaum musyrik Arab Mekah dan orang munafik Madinah dan ketua-ketua kaum Yahudi di Madinah, bahawa kemewahan yang melampau dengan harta yang melempah luah leka dengan kemegahan kekayaan dan pangkat yang ada pada mereka, sedikit pun mereka tidak memikirkan adanya hari pembalasan. Disamping itu mereka menghina dan mengegek-ejek pula kepada segelintir kaum muslimin yang meskin di Madinah.

Oleh itu Allah telah menegaskan bahawa orang muslimin diakirat  kelak akan duduk pada tingkat yang paling atas didalam syurga, dan orang kafir pula akan dilemparkan kedalam gaung neraka yang paling bawah.
Oleh itu ingatlah bahawa rezeki yang Allah berikan kepada manusia adalah terpulang kepada Allah, mengikut kadar yang dikehendaki kerana perbendaharaan rezeki Allah itu tidak akan habis.
.
Kesimpulan:
Umat Islam diseru supaya mencari kekayaan didunia untuk taat dan takut kepada Allah supaya kekayaan yang akan diperolihi kelak boleh digunakan untuk tujuan amal.
.





[Previous] [Next]


Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 211~220,
[GS]  https://t.co/g9bZwHKHDa
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/110694608905349416369/posts/8SFanURT6HZ
[FB] https://www.facebook.com/KnajidMy/posts/1029843467112462






.