Tuesday 2 August 2016

Surah AlBaqarah (212)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 212:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini ditujukan kepada ketua kaum musyrik Arab Mekah dan orang munafik Madinah dan ketua-ketua kaum Yahudi di Madinah, bahawa kemewahan yang melampau dengan harta yang melempah luah leka dengan kemegahan kekayaan dan pangkat yang ada pada mereka, sedikit pun mereka tidak memikirkan adanya hari pembalasan. Disamping itu mereka menghina dan mengegek-ejek pula kepada segelintir kaum muslimin yang meskin di Madinah.

Oleh itu Allah telah menegaskan bahawa orang muslimin diakirat  kelak akan duduk pada tingkat yang paling atas didalam syurga, dan orang kafir pula akan dilemparkan kedalam gaung neraka yang paling bawah.
Oleh itu ingatlah bahawa rezeki yang Allah berikan kepada manusia adalah terpulang kepada Allah, mengikut kadar yang dikehendaki kerana perbendaharaan rezeki Allah itu tidak akan habis.
.
Kesimpulan:
Umat Islam diseru supaya mencari kekayaan didunia untuk taat dan takut kepada Allah supaya kekayaan yang akan diperolihi kelak boleh digunakan untuk tujuan amal.
.





[Previous] [Next]


Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 211~220,
[GS]  https://t.co/g9bZwHKHDa
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/110694608905349416369/posts/8SFanURT6HZ
[FB] https://www.facebook.com/KnajidMy/posts/1029843467112462






.


No comments:

Post a Comment